Thursday, October 28, 2010

Aku Yang Sangat Bz..

Huh.. lama betol tak update blog ni.. walaupun aku tau takdela ramai pun yg in blog aku ni.. tapi bila aku tgk blog ni.. hati sedikit tenang..



hmmm... bulan oktober yang tersangatlah bz.. terpilih sebagai jurulatih pendidikan muzik bagi penyebaran KSSR negeri selangor betul2 buat aku keletihan.. bagi org yang hidup tanpa apa2 kesenangan peribadi, ini sebahagian dari ujian yang aku terpaksa lalui.. kata org memang kena bersusah2 dulu barulah dapat kesenangan di akhirnya.. impian aku bila bermulanya sesi persekolahan 2011 nanti, aku harap dapat bawak kereta sendiri.. semoga aku dapat capai impian tu. memang dah jadi keperluan bagi seorang guru macam aku untuk memiliki kereta sendiri.. semuanya bagi mudahkan pergerakan.. sebagai cikgu baru, panggilan kursus memang jadi ketakutan bagi aku... ape2 hal akan kena pada cikgu2 baru ni.. bukan sekadar untuk tambah pengetahuan.. tapi juga sebagai 'pengganti'... huhu.. tapi nak buat macam mana, mesti ada keseronokan dalam bekerja barulah hilang stress.. walaupun aku berada dalam kedudukan yang tersangatlah tertekan dengan macam2 masalah.. kadang-kadang terfikir, kenapalah aku ni tak berada di ALAM KANAK-KANAK sampai bila2.. tapi, hidup ni perlu diteruskan, itulah putaran alam.. aku kena kuat. hanya hati sendiri yang boleh bentuk pemikiran menyuburkan kesabaran dalam minda.. itu penting..

cuma, aku mula penat dan tertekan..
mungkin aku perlu ambil sedikit masa untuk menyendiri..
supaya aku lebih tabah dan kuat melalui dugaan dalam membina kerjaya..

hanya sau harapan aku...
'MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA'
serta adik beradik ku..
kerana aku tahu dan pasti..
tiada insan sepenting mereka dalam hidup aku..
aku memang mampu hidup tanpa kehadiran kawan..
tapi aku pasti mati seandainya kehilangan keluargaku..
benarlah kata pepatah...
air dicincang takkan putus..
itu hakikatnya...

Aku yang runsing..
Arezuera Ismail

Friday, October 15, 2010

Saje Main-main.. haha!


Kad kahwin yang kawan baik aku buatkan..
thanks tu En.Kuni Kering.. hehe
so sweet..
saje je main-main suh dia buatkan malam tadi sebab dia amek upah watkan tuk akak umah aku..
orang buat kad kahwin.. aku pun nak.. (tak malu)
tapi pasangannya tak de lagi.. (lambat lagi le tu)
tarikh tu pun tipu.. saje je..
hahaha!!

Hanya angan-angan..
Arezuera Ismail

Tuesday, October 12, 2010

Bait Lirik Yang Penuh Gaya Bahasa.. I Like!

Menjolok bintang menjadi kerongsang ku tak berdaya
Kerna nyata ku tak sehebat dia bermain kata
Memintal buih menjadi ranjang ku tak berdaya
Kerna aku tahu imaginasiku ada batasnya

Kekasih jangan pula engkau
Menolak warkah cintaku yang tak bermaya
Kekasih harap kau terima
Bahasaku yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika ku tak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih


* penuh dengan keindahan gaya bahasa metafora, personafikasi, hiperbola, inversi dan banyak lagi..
dapat ke jumpa lirik sekarang macam ni?? mungkin ada.. tapi tak sehebat penulisan lirik zaman dulu-dulu..



Monday, October 11, 2010

Dia... Lelaki itu...



Dia..
Apakah tiada pernah wujud yang tahu menjaga hati?
Apakah lahirnya saja untuk mereka yang sempurna segala?
Hanya untuk mereka yang lengkap kejadian zahirnya saja?
Apakah tetap untuk yang tahu merayu manja?
Beruntunglah mereka yang punya semuanya…
Bergembiralah mereka yang indah rupanya..
Mana hilangnya prinsip bahagia??
Prinsip hidup kekal buat selamanya??

Bagi Dia..
Sifat dan sikap itu bisa dibina..
Lincah dan liar itu dapat dijaga semula..
Maruah itu bukan segalanya..
Sopan mulia tidak menjamin apa-apa..
Lembut bicara tiada maknanya..
Yang tertutup tapi hakikatnya terbuka jadi bangga..
Yang tersenyum tapi hakikatnya ketawa tak nampak mata..
Yang bersimpuh tapi hakikatnya duduk tak terjaga endah dan alpa..
Yang berjalan tapi berlari biarkan saja..
                       
Apa dilihat karung?
Apa dinilai sarung?
Sedangkan dalam tak mampu dibendung..
Kenapa dia??
butakah menilai dunia?
Sedangkan tahu padah menimpa..
Yang luar itu sementara..
Bagaikan hujan turun tidak selamanya..
Umpama matahari menyinar bukanlah lama..
Seperti pelangi yang indahnya seketika cuma..
Bak bunga yang kembang akhirnya kan layu jua..

Begitulah kejadian manusia..
Tiada yang kekal ke akhirnya..
Keindahan tidak menjanjikan apa-apa..
Seandainya suci dalam tidak terjaga..
Tak guna berpura-pura..
Kerana kebenarannya akan terserlah nyata..
Jangan dicari teman semata..
Carilah kekasih hingga hujung nyawa..
Yang kan bertemu di alam syurga..



Hanya sekadar coretan...
Arezuera Ismail
11 Oktober 2010
10.00 pm



Kenapa aku??


Semakin hari aku rasa makin sukar. Perlukah aku menjauhkan diri dari semua ni? agar aku dapat merehatkan diri ini dan pergi jauh dari kehidupan yang penuh dengan kekusutan macam ni?? Sebagai seorang adik, kawan, dan teman, aku telah lakukan berbagai usaha, namun aku semakin kalah dan tak mampu untuk mengembirakan hati mereka.. Siapa yang berada di tempat aku akan faham betapa aku tersiksa menjaga hati orang lain.. Aku manusia biasa, manusia macam insan lain.. bisa terasa, bisa terusik, bisa menangis, dan juga bisa berputus asa..

Kenapa semua ni terjadi pada aku? mengapa aku diuji sebegini? aku tidak mahu membina permusuhan apatah lagi memilih kawan, namun jiwa aku makin sakit dan pedih.. Aku tersepit oleh rentak kehidupan manusiawi.. bisakah aku hidup seorang diri? atau adakah aku harus pergi? jauh dari keduanya.. pergi langsung terus hilang dari mereka? sejujurnya aku terlalu sayangkan sebuah persahabatan.. Namun aku tak mampu mengembirakan dua hati sekaligus.. aku tak mampu mencorak tawa dalam dua hati tatkala tiada keserasian. padaku, apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya.. cuma jujur dan ikhlas kukutakan yang aku terlalu letih, aku terlalu penat dengan semua keadaan ini.. fikiranku seolah mati terus kaku melihat keadaan ini.. aku tidak sekuat mana, dan adakala airmata ini menitis..

Aku akui, aku sayangkan hubungan yang dibina.. padaku sekali berkawan, selamanya tetap kawan.. tiada dendam jauh di hati, apatah lagi benci.. apa yang berlaku tidak pernah kugalaskan kesalahan pada sesiapa.. tidak akan aku menuding jari pada mana-mana insan.. kerana, Tuhan itu Adil, apa yang diberinya pada hari ini, adalah ujian yang ditentukan untuk aku terus kuat menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.. cuma, aku rasakan bahawa aku tidak kuat lagi, menjaga hati insan lain membuatkan hati aku terluka, dalam senyum yang kuukir sebenarnya aku sedang menangis lama, menangis yang membengkakkan hatiku, tangisan yang membunuh jiwaku.. walhal aku tidak mampu berbuat apa2.. jika mampu aku lari, aku akan pergi jauh dari tempat ini..

Namun, benarlah kata orang bijak pandai, masalah tidak akan selesai dengan melarikan diri.. kita harus menghadapinya sama ada mahu atau tidak.. namun, masalah ini bukan pintaku ya Allah.. apa yang terjadi bukan aturanku, bukan juga doaku, apatah lagi impianku.. padaku, sesiapa saja adalah kawanku, tiada istilah musuh dalam hidupku.. memaafkan adalah rencah kebiasaan dalam hidupku.. namun aku adalah aku, tidak semestinya orang lain berfikir sepertiku.. tidak mungkin orang lain dapat menerima teguranku.. cuma aku tersangat letih.. perlukah aku menjauhkan diri??? dengan membina hidupku sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa? dapatkah aku berbuat begitu agar tiada hati yang terluka? supaya tiada jasad yang terasa?? patutkah aku?? kenapa aku? mengapa harus aku? sesungguhnya aku lemah dengan dugaanmu ini ya Allah..

Aku menjadi selemah-lemah manusia tatkala ini, buntu aku menyuluh penyelesaian ini ya Allah.. bantulah aku.. terangilah hatiku ini.. semoga aku lebih tabah dan kuat dalam mengharungi dugaanMu ya Allah.. kesedihan ini tidak bisa kutanggung lagi..

Sesungguhnya hatiku tidak pernah berhenti menangis..
Arezuera Ismail....


Saturday, October 9, 2010

Sajak Pilihanku..

Salam... hari ni jiwa aku sayu je, rasa sedih bila baca balik penulisan yang pernah dihasilkan.. tiba-tiba terbaca puisi dari kawan ni.. Bila cerita tentang puisi.. puisi inilah salah satu puisi yang aku suka.. sajak ni ditulis oleh kawan yang hanya kukenali di dunia cyber.. tapi jauh disudut hatinya tersimpan kekecewaan kerana seseorang yang bernama wanita.. betapa dia terlalu kecewa dengan seorang wanita.. semakin lama menjadi kawan baiknya, semakin aku mengerti kepedihan yang dia rasakan. Siapa kata orang yang kita kenal di dunia cyber ni jahat2 belaka?? buktinya.. kebanyakan kawan baik yang kukenali adalah dari kalangan orang2 sebegini.. mereka juga yg byk membantu, dan sentiasa berada di sisi.. jelaslah bahawa sahabat sejati tidak semestinya berada di hadapan mata..

(Tajuk : Hadiah)
Sesungguhnya sedih ini tidak mampu terucap…
sedih ini tiada mampu dinilai biar dengan sejuta senyum yang kau ukir…
Aku dirundung duka malu menjadi lelaki…
yang letih lelah melayan sebuah cinta keanak-anakan..
Maka naluri sendiri diam terkedu…
Terdeku memujuk hati bila disimbah sebuah kebosanan
keletah seorang perempuan yang bernama kekasih..
Dari airmata kuhulurkan duka lara melayan kesedihan..
Dari peluh ku hulur letih melayan pengorbanan…
Dari sepi ku hulur kasih melayan kepiluan..
Terima kasih padamu perempuan
kerana menghadiahkan aku keakraban…
di dalamnya sarat pengertian sungguh memilukan..
Terima kasih padamu perempuan..
kerana menghadiahkan aku percintaan..
di dalamnya sarat keasyikan sungguh memalukan..
Terima kasih padamu perempuan
kerana menghadiahkan aku kerinduan..
di dalamnya sarat kepalsuan sungguh memualkan..
Terima kasih padamu perempuan
kerana menghadiahkan aku perpisahan..
di dalamnya sarat keperitan sungguh melukakan..
Terima kasih perempuan..
Terima kasih akan hadiah begitu bermakna..
buat seorang aku hingga diri malas bersuara…
malas menuding terperosok di danau hiba..
Kecewa mengutip duka..
Terkedu melayan sendu..
Andai nanti perempuan kau bisa berbicara..
Bicaralah tentang lelaki ini…
Tentang cinta, tentang rahsia, tentang setia..
Pasti lelaki ini mengiya segala…
kerana cinta itu buta dan perempuan padanya telah lama tiada..
di atma, di dunia dan di syurga…
(HACKS, Melbourne City – 210608)
p/s untuk HACKS > teruskan menulis kerana penulisan kamu buat sy belajar tentang sesuatu yang amat berharga melalui besarnya kesan sebatang pena... dan kerana penulisan kamu juga, sy menjadikannya sumber ilham dalam penulisan sehari2..

Monday, October 4, 2010

Tidak Boleh Yang Dibolehkan


Apa yang tak boleh kita buat waktu sekolah dulu... tapi dibolehkan bila menjejakkan kaki ke menara gading.. ini berdasarkan pengalaman kita sendiri...

1. MAKAN DALAM KELAS

Haaaa... yang ni mana kita boleh buat time sekolah dulu, tak kirala masa sekolah rendah atau sekolah menengah.. pantang ni kalau cikgu nampak.. masa ni memang kita dididik agar sentiasa berdisiplin. Minum air pun kadang2 kat luar kelas je (tu pun kalau cikgu bagi kebenaran untuk minumla kan) haha.. setengah cikgu memang garang, nak mintak kebenaran minum air pun tak berani.. ni kan pulak nak makan dalam kelas, memang nahaslah kalau berani buat macam tu..

Bila dah belajar kat Universiti.. benda ni dah tak jadi masalah lagi.. yieeeehaaaa, waktu ni tak kisahlah korang nak makan, pensyarah bukan main sporting lagi.. tapi agak2 la kan, jangan pulak makan makanan yang berat2 bawak bekal bagai.. just waktu ni, pelajar dibenarkan makan gula-gula, keropok, asam2 (pensyarah perempuan suka mintak sikit ni) haha.. takde hal la kalau setakat nak makan makanan yang simple macam ni.. siap digalakkan lagi..

2. TIDUR

Yang ni lagilah pantang.. berani ke buat waktu sekolah dulu?? silap2 kena hambat ngan pembaris besi.. sakit woooo.. memang cari nahas la kalau tertidur waktu cikgu tengah kusyuk bagi penerangan.. tambah2 waktu pelajaran yang sedikit sayu seperti sejarah.. haha! kena tahan mata oit.. tension tul.. cikgu memang nampak je siapa yang berat mata, berat kepala ni.. silap langkah kena denda la..

Bila dah masuk Universiti, kebanyakan kelas memang kita kena kongsi satu dewan besar dengan ramai budak2 lain.. haaaaa, time ni la kejadian melelapkan diri menjadi sangat berleluasa.. sesetengah pensyarah bagi green light lagi untuk kita tidur.. syaratnya cuma, assignment siap & tak ponteng kelas.. dapat pensyarah sporting mcm ni memang happy la sume.. seolah2 memahami je betapa penatnya menuntut ilmu ni kan??? hehe...

3. PAKAIAN SERAGAM

Ini dah memang peraturan.. suka tak suka, semua sekolah di dunia ni dah tetapkan kita kena pakai baju ikut peraturan, rambut, kuku, kasut, seluar, kain, tudung, buku, semua kenalah ikut peraturan kan? ini memang hakikat yang memang kena patuhi.. sebab tu lah ramai budak2 sekolah lepasan SPM malas nak sambung ke form 6.. sebabnya??? malas lagi dah nak berkecimpung dalam dunia beretika dan berperaturan waktu sekolah.. tapi kadang-kadang kita tak sedar disiplin kita ni sebenarnya sangatlah dibentuk dengan rapi ketika zaman persekolahan....

Jeng3!! bila dah masuk institut pengajian tinggi???? jadi macam mana ek?? pakailah apa korang suka.. kadang2 tak dapat nak beza pelajar ke model??? ada yang bergaya mengalahkan selebriti.. make up?? wow! lagi hebat.. benda ni ikut course la jugak kan? tapi yang penting leh pakai apa2 jer.. tak jadi masalah.. jangan tak pakai baju sudah.. haha! opppssssss....

4. ULANG KELAS

Yang ni perbezaan jugak ni.. waktu sekolah dulu kalau gagal.. still leh naik darjah or tingkatan baru.. tak payahla nak risau kan? tak kisah exam dapat brapa markah, lulus or tak.. tak ada halangan untuk naik ke kelas baru.. yang membezakan cuma kedudukan kita kat dalam kelas tu la.. yang mana duk kelas depan memang perhatian lebih la cikgu bagi... sebab semua calon2 universiti (kalau duk kelas tengah macam aku ni, masuk Universiti pun cikgu tak caya) mana yang tertinggal kat belakang?? sikit-sikit masalah disiplin dia yang kena.. ada je kes.. kena lagi.. tu lumrah la waktu sekolah-sekolah dulu.. huhu

Lain pulak ceritanya bila berada di alam pengajian tinggi.. tak lepas exam??? tak submit assignment?? haaa... duduklah kat situ bertahun2, orang lain dah habis, still terbengkalai lagi.. itu yang bahaya.. kena bagi lulus semua barulah selamat untuk dapat sijil, diploma, ijazah atau selainnya.. haaaa... inilah bezanya pembelajaran di sudut ni, sebab tu pensyarah percaya, beri kelonggaran sekalipun tak apa, sebab pelajar dah matang.. boleh fikir dengan baik yang mana mendatangkan kejayaan..

(sambung esok la.. haha.. ngantokkkkkkkkkkzzzzz)

ada byk lagi sebenarnya..
tapi dah malas r nak menulis..
haha..
lu pikir la sendiri..
lalalalalala


Sunday, October 3, 2010

Bicara Tentang 'KEMAAFAN'...


Maaf..


Mudahnya nak lafazkan perkataan ni.. tapi kenapa sebelum melakukan kesilapan tak bimbing diri berfikir dulu?? betul la orang kata, bagus jadi insan yang pemaaf ni.. tapi tau tak macam mana perasaan orang yang dikhianati??? pernah ke rasa?? pada yang pernah rasa, mereka akan faham..
manusia ni, bicara mulut tak sama dengan kiasan hati.. adakala janji macam-macam sampai kadang2 janji tu sekadar penuh dengan unsur hiperbola semata.. tapi tak tunaikan pun. Bercakap seolah-olah dia yang terbaik, dia insan terhebat, tapi bila lakukan kesalahan?? hebatkah kamu??

Hidup ni senang je, jangan khianati sesiapa, jangan dengki pada sesiapa pun.. sebab balasan Tuhan bagi terus, dah tak tunggu akhirat lagi.. Fikirlah dengan fikiran waras yang Tuhan dah beri, jangan berfikir selepas tindakan dilakukan.. sebab tu la banyak kesan yang timbul.. benarlah kata pepatah 'lidah manusia ni lebih tajam dari mata pedang' .. memang tepat sangat la tu.. bila manusia berbicara, tak pernah fikir perasaan orang, asalkan dia rasa gembira, asalkan orang tak ganggu hidup dia.. tapi tau tak yang sikap tu dah buat orang lain terganggu???

Memang betul, memaafkan tu sangat baik.. sangatlah dituntut dalam agama.. itu satu sifat yang terpuji.. tapi sedarlah pada yang melakukan kesilapan, menghindar tu lebih baik dari mengubati.. jadi sementara masih hidup ni, janganlah menyakiti sesiapa.. janganlah mengkhianati sesiapa, tak usahlah menabur bicara yang berisi dusta semata-mata.. kan senang macam tu, tak perlu mencari musuh, tak perlu membina tembok dendam atau kebencian sesiapa.. barulah hidup yang aman dapat dikecapi..

Sedar satu je, memaafkan tu mungkin boleh dizahirkan oleh insan yang dikhianati.. tapi satu hakikat yang nyata harus diingat bahawa bukan semua perkara boleh dilupakan begitu saja.. sebab tu orang kata kenangan pahit itu walaupun satu, kuasanya mempengaruhi kenangan manis yang berjuta lebih banyak.. orang akan ingat kenangan pahit sampailah dia mati.. jadi, kenapa kita nak beri orang kenangan pahit?? kita suka ke kalau orang beri kita kenangan pahit??? masing2 ada akal fikiran, Tuhan bagi akal yang sama pada semua orang, biarlah tak pandai menuntut ilmu, jangan tak pandai menilai kehidupan.. bersihkan hati sebelum membersihkan fikiran..

Seandainya tiada kesalahan dilakukan, maka pasti tiada maaf yang dilafazkan..
ingatlah.. memang manusia tiada yang sempurna..
tapi kita harus mendidik diri dan membentuk akal agar tidak terus mencipta ketidaksempurnaan..

Jangan sekadar melafazkan maaf.. namun hakikatnya kesalahan dilakukan berulang kali..
hati manusia berbeza-beza.. sikap manusia juga berlainan..
ada yang pemaaf, ada yang pendendam..
hakikat hakiki yang satu ialah.. 'tidak mudah melupakan kesalahan'..
itulah lumrah dalam kehidupan..
bukan sekadar menasihati insan-insan di muka bumi ini..
teguran bagi membetulkan kesilapan diri juga..
sama-samalah memperbaiki kekhilafan diri..

Nukilanku...

Bicara tentang 'KEMAAFAN'..
Andai dihitung kesalahan..
pasti tidak terkira pengucapan kemaafan..
Lahirnya dari tarian bibir yang zahir mengungkap..
Namun apakah ia benar luhur tumbuh
dari pucuk hati yang menumbuh keinsafan???
Mengapa membiarkan kesilapan itu berulang andai tidak inginkan pengkhianatan??
Kenapa mengizinkan ia berlalu..
menyinggah lalu sering menghukum hati yang bukan milikmu???

Rasa itu tiada siapa tahu..
Bisa luka tiada insan yang lazimnya mengerti
sekalipun terniat untuk mengambil tahu..
Makin difikir makin kalah akal berlagu..
Tidak perlu membentuk cipta, mereka tari dusta andai hadir sekadar membinasa...
Janganlah membina duka, menyubur salah terus membiarkan tumbuh melata bertalu-talu..
dan seharusnya ia terus menjadi luka..

Jadilah kita insan yang selamanya hidup dalam jernihnya kebahagiaan..
Berenang dalam sucinya salji keimanan..
Berbaring dalam indahnya jalur pelangi kecintaan ciptaan Tuhan..
Kerana hidup ini sekadar perkongsiaan..
hidup ini sekadar satu gerabak tumpangan..
DariNYA putih kita datang..
Janganlah kita pulang kepadaNYA dengan penuh kehitaman...

11.32 pm, Ahad (3 Oktober 2010)
Selamanya aku..
Arezuera Ismail




Friday, October 1, 2010

Tatkala Airmata Menyinggah...



Di kala sendiri..
Kenangan itu bukan dipinta kehadirannya..
Kepahitan bukan diundang sayunya..

Namun..
Apa yang nyata..
Airmata itu tidak pernah jemu untuk menyinggah..
Menyusun.. lalu menemani pipi yang jemu, lesu, seakan sering dilawati titis itu..

Siapa yang mahukan kesedihan menemani getir harinya?
Adakah insan yang inginkan kepiluan itu menjadi dodoi tidur lenanya?
Tidak ada daya bagi aku mengusirnya jauh..
Kerana kesakitan itu lahir dari sudut hati..
Luka itu dalam... tertanam berdarah di benak naluri..

Natijahnya aku yang merasa..
Kesannya aku yang meronta..
Dalam melayari kehidupan..
Aku seharusnya akur pasrah..
Itu bisikan fikiranku..
Hanyalah dari fikiran akalku..

Namun jauh di atma ini..
Aku sebenarnya masih menangisi..
Itulah yang selamanya terisi..

Selamanya aku..
Arezuera Ismail