Monday, November 29, 2010

Kita yang akan menjadi Mereka...

Di saat terpana pada keindahan dunia..
Kita lupa bilamana adanya mereka yang memulakannya..
Mereka yang menzahirkan apa yang telah ada..
Mereka yang mengerah keringat kekuatan pada kesenangan yang tercipta..
Usaha yang nyatanya dikira kecil bagi kita..
Namun besar pada alam semesta..
Sehingga dari tidak mengenali apa..
Kita langsung petah berkata-kata..






Bisakah kita pada hari ini kecapi apa yang telah mereka rasa??


Tatkala kita leka mengejar dunia..
Terdahulu bicara mereka bermula...
Di kala kita hidup menumpang kesenangan perkembangan alam maya..
Di saat lampau mereka mengerti jerit perih mengadakannya..
Kini kita lena tidur dibuai bahagia..
Di suatu masa mata yang kini berkedut lemah berjaga seolah menjadi terapi jiwa..
Lagu dendangan hanyalah melodi lama..
Suara yang tidak pernah mengenal apa itu elemen kemerduannya..
Akustik dicipta dari irama yang rekaannya dari mereka..
Namun.. sehingga kini ia tidak pernah mereka lupa..
Sedang kita???
Kini seolah lupa dari mana lahirnya budaya..
Dari mana teguhnya adat..
Datang mana luhurnya resam berkeluarga..


Mana kita tau duka dan laranya mereka??
Sedang kita belum berpijak di bayangan seusia mereka..
Takkan kita tahu kesedihan mereka yang bertapa??
Sewaktu kita belum bisa menangis menempuh ujian Yang Maha Esa..
Tidak mungkin kita mendapat refleksi kesakitannya..
Kerana bukan kita yang terlantar derita..






Apa dan kenapa dilupakan akar??
Sedangkan kita yang menjadi benih subur tenang sentiasa terjaga..
Mengapa hanya dipetik bunga??
Lupakah pada tanah yang menyuburkan hasilnya..
Apakah hanya mendekati indahnya pelangi??
Dikala mentari panas kita berlari menjauhkan diri...
Bagaimana kita hanya tergamak membiarkan senyum lesu itu bersendiri??
Sedangkan senyum itu yang selamanya menemani hari-hari kita dalam mendepani realiti..


Fikirkanlah...
Kerana kaki kita akan berdiri sebaris situasinya kini..
Badan kita akan rasa sakit sebisa tanggungannya hari ini..
Dan fahamilah..
Bahawa kita juga...
Akan menggalas sesuatu yang baru..
Pada ketika dikurnia Ilahi suatu hari nanti..
Percayalah kerana kita juga akan merasainya..


Sekadar Bingkisan Rasa...


5.42 pm 
29 November 2010

Friday, November 26, 2010

Masakan Seorang Ibu

Semua orang mesti ada lauk kegemaran yang dimasak oleh ibu masing2 kan??? haha.. macam2 menu lah kalau kita tanya soalan bab ni.. kata orang, walau ke mana kita pergi, walau sesedap mana masakan yang kita cuba, walau sehebat mana masakan seseorang tu.. MASAKAN IBU KITA TETAP YANG PALING BEST!! hehehe...

Hari ni nak cerita tentang masakan ibu.. Jeng3!! Plotnya begini... kalau aku ngan adik beradik lain tengok satu je lauk yang mak kitorang masak, kitorang dah dapat teka dah apa pasangan lauk2 tu.. haha! memang dah dapat agak apa yang mak masak.. Itulah yang terjadi selama kitorang dibesarkan di bawah jagaan mak tersayang.. tak payah susah-susah pegi dapur dan tengok lauk lain, cukup sekadar tahu satu lauk yang dimasak, lauk2 sampingan dah dapat kitorang teka..

Contohnya :

1. Kalau mak masak Sayur masak lemak putih... pasangannya mesti sambal ikan bilis + ayam goreng.. 
    (yang ni memang selalu tepat r kalau kitorang teka, menu wajib kesukaan ma) hahaha...



2. Sebarang kari.. Ayam ke daging ke + kentang mesti dipadankan dengan ikan goreng + sayur goreng..

3. Masak lemak cili api.. ( ayam / daging / ikan / pucuk ubi / pucuk paku ) + sambal telur + ulam2.

4. Kubis masak air + Daging masak kicap + Ikan Goreng

5. Ayam masak merah + Pucuk Paku Goreng Belacan + Telur Dadar

6. Sardin + Telur Goreng ( Ni.. kalau takde lauk.. haha).


Mak kitorang akan masak menu wajib setiap hari  >> Ikan goreng

Abah pulak akan tambah menu wajib dia setiap hari >> Telur dadar (Abah akan masak sendiri)

Haha.. 

Walau apapun, masakan mak sendiri jugak yang akan kita rindukan sampai bila2.. tak kisahlah apa sekalipun yang dia masak.. =)


P/S >> Apa yang paling kitorang adik beradik suka makan?? kalau nampak je takleh simpan.. pendek kata tak lama la hayat hidup makanan ni kat rumah kitorang.. tambah2 bila ada 4 beradik ni (zura,adik,jila,tira) Jeng3!! Jawapannya...






Monday, November 22, 2010

Sedang Merindu...


Waaa... baru je berapa hari cuti sekolah, tapi dah mula rasa tak tau nak buat apa.. cuti macam lama lagi je ni.. haha.. biasa hari-hari jumpa anak murid.. hari-hari masuk kelas 3 Intelek.. sekarang dah rindukan diorang..sebelum cuti sekolah hari tu memang bz sgt2.. jadi guru kelas ni memang banyak betul kerja.. fail budak2 tu kena uruskan, bukan setakat dua atau tiga orang murid.. tapi 36 orang murid.. minggu terakhir sekolah yang sangat kelam kabut.. time tu la asyik tak dapat masuk kelas.. sampai budak-budak cari kat bilik guru.. (Cikgu bukan sengaja!!!) huhuhuhu..



Bila nak habis sekolah tu pulaklah banyak program nak dibuat.. nama aku ni tiap kali ada je program sekolah, mesti tersenarai sebagai ketua persembahan murid-murid sesi petang.. (penangan major muzik) aduhhhh.. nak latih budak2 ni buat persembahan bukan kerja yang mudah.. before cuti dah ada hari kanak-kanak, nak ajar diorang menari?? mak aih punyala payah.. dengan sibuk macam-macam kerja.. terpaksa jugak la handle latihan tarian diorang.. nasib baiklah budak-budak ni bersemangat.. kalau tak.. hmmm tak taulah nak jadi apa.. hehe.. bila tengok balik persembahan diorang, rasa seronok hasil kerja berbaloi2.. ahaks!



Hari terakhir sekolah.. aku still dapat macam-macam hadiah, nak kata harijadi.. dah lepas lama dah.. nak kata hari guru pun bukan.. tapi terharu sangat sebab budak2 ni tahun depan akan naik ke sesi pagi.. nanti mungkin tak jumpa.. sebelum diorang balik hari terakhir sekolah, sempatlah diorang dtg jumpa aku ni yang memang bz buat penyerahan fail-fail tugas.. tapi diorang sanggup cari aku merata sekolah..sedih2!! terharu sangat2.. aku ingat lagi dialog anak murid aku.. Yasmin >> "Cikgu, ikutlah kami ke sesi pagi tahun depan.. nanti kami mesti rindukan cikgu, siapa nak ajar kami menari nanti? teringat lagu belon yang cikgu ajar" huhuhu.. sedih betul aku. tapi nak buat macam mana kan?? adatla tu.. memang sedih sangat2.. bila time sorang2, teringat gelagat diorang kat sekolah.. dah macam kawan2 dah dengan diorang semua..

Tempoh setahun aku menjadi guru kelas 3 Intelek.. buat aku rasa seronok sangat dapat kenal dengan diorang ni semua.. tiap-tiap hari jumpa buat aku rasa lain bila sehari tak jumpa diorang.. bila kena gi kursus, jumpa balik diorang, siap peluk2 gi tanya mana cikgu pergi.. takkan lupakan anak-anak murid semua sebab diorang la yang selalu buat aku tersenyum.. hihi.. diorang jugaklah yang selalu menguji kesabaran aku ni ha.. haha!! sayang korang semua!! mmmuaaahhh... Thanks untuk hadiah2 yang diberikan, thanks untuk kad gergasi yang dihasilkan.. thanks untuk segala bantuan yang diberikan pada cikgu.. semoga semuanya berjaya menjadi orang yang berguna.. =)




Refleksi Hati...
Arezuera Ismail
23 November 2010
1.24 p.m

Berganti Hati..


Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)

Lelah ku bersenyum 
Lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Kini ku sedari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang telah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…

Nice Song By Anggun...
Lagu/Lirik By Anggun..

Sunday, November 21, 2010

Blogger In Da House : Khas Buat Blogger Baru

BEN ASHAARI
Jom join sesi perkenalan terbaru di Ben Ashaari

Latar belakang blog :

Blog ni memang masih baru..
Tema : Green Apple, sebab saya sangat sukakan warna hijau dan epal hijau..

Saya seorang guru yang cintakan seni.. Minat menulis amat mendalam.. Maka wujudlah blog yang tak seberapa ini.. Kebanyakan tulisan dalam blog ini ialah hasil tulisan saya, kecuali yang dinyatakan.. Nyatanya, blog ini menyuarakan segala isi hati saya dan lebih bersifat peribadi.. 

Saya join sesi suai kenal baru ni, untuk berkongsi hasil tulisan saya dengan kawan-kawan semua.. Semoga ada yang sudi..  Salam perkenalan :)

Saturday, November 20, 2010

Ritma Bingkisan Cinta...



Hari berganti hari.. bermakna usia kian bertambah.. lumrah alam yang dilalui oleh setiap makhluk di muka bumi ini.. tak perlu mengharap terlalu banyak.. cukuplah sekadar diberi kesihatan yang sempurna, rezeki yang bercambah, kebahagiaan hidup yang berkekalan..

Bila disebut soal kebahagiaan??? sememangnya aku bahagia disamping keluarga tercinta.. tapi kehidupan bersama ayah ibu, adik beradik, bukanlah untuk selamanya.. nak tak nak kena juga fikir soal kebahagiaan sendiri dalam membina keluarga..



Cinta??? mesti semua orang tahu apa itu cinta.. cinta yang sangat universal.. perspektif subjektif yang perlu dikupas bukan hanya dalam tempoh beberapa minit, tidak sekadar dalam jangkamasa sebentar melewati pemikiran.. tapi ianya sangat-sangat sukar diterokai.. pada aku, cinta tu lahir dari hati.. bermakna apabila hati kita sudah menyayangi seseorang lebih dari kita menyayangi orang-orang lain.. dalam hubungan sebagai 'kekasih', cinta membawa suluhan peranan dan ciri kompleksnya yang tersendiri.. setiap orang mempunyai pengalaman dalam menempuh biasan keunikan bercinta yang berbeza-beza..



Kenapa perlu bercinta??
Seandai ada manusia yang menyatakan tiada istilah cinta dalam benaknya.. maka dia sebenarnya sedang menidakkan pemberian suatu rasa indah yang diberi oleh Tuhan.. Cuba fahami dengan sedalam-dalamnya kenapa cinta tertanam jauh di atma setiap manusia di dalam dunia ini.?? dengan memahami, kita akan menemui hikmah serta keberkatan cinta itu sendiri.. ada orang dipermudahkan urusan dan perjalanan mencari teman sehidup semati.. tapi ada juga yang silih berganti tak bertemu dengan calon yang sesuai buatnya.. itu semua aturan perjalanan dan takdir yang harus kita terima.. jangan sesekali menyalahkan cinta.. kerana apa yang terjadi adalah ujian buat kita...



Melihat dari sudut kebahagiaan..
cinta boleh dibina.. bisa disemai.. dan sememang benar indahnya..
cuma satu yang nyata ianya tidak boleh dipaksa.. ia perlukan masa..
tempoh ikatan hati berbeza bagi setiap insan..
ada yang bertahun-tahun mencari cinta barulah terbuka pintu hati untuk menerima orang yang mencintainya..
ada yang dalam tempoh sekelip mata boleh jatuh cinta..
ada orang yang seumur hidup menunggu orang yang dicintainya..
bila difikirkan... memang unik perasaan yang diberi kepada kita..



kesabaran perlu sentiasa ada.. perlu sering kita pelihara untuk memiliki cinta.. indahnya ada, tapi bukan boleh kita reka, rancang untuk dibina.. tetapi bila kurniaan itu tiba, insyaAllah semua akan merasa betapa indahnya perasaan itu..



Dendam kerana cinta lalu yang tidak kesampaian???
benarlah kata orang, berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. Ada orang yang pernah dikhianati oleh insan yang disayanginya.. tapi itu bukan kehendak kita.. bukan juga sebab untuk kita membina lukah-lukah dendam.. bila difikirkan kesedihan, setiap manusia ini sangatlah berbeza.. cara kesedihan dalam bercinta juga terlalu lain susun galurnya.. bila ditoleh ke belakang, pelbagai refleksi serta impak yang telah dilalui dalam deretan plot insan yang bercinta.. tapi itu bukan bermakna Tuhan mahu kita menanam akar dendam di dalam diri.. kadang-kadang marah mengatasi tembok kesabaran.. tiap kali kecewa dalam bercinta membuatkan kita marah, dan sentiasa lahir bingkisan serta cebisan rasa putus asa.. dendam dan rasa benci akan datang tanpa kita pinta, apatah lagi sekiranya dikhianati begitu saja.. rasanya luka yang berdarah di tangan tak sama dengan kesakitan bisa hati yang terluka.. sembuh hanya pada zahirnya yang tidak pernah menghilangkan parut yang sentiasa kekal ada..

Bagi sesiapa saja.. kenangan semalam mengajar erti ketabahan.. kerana apa yang terbentang semalam, membuatkan kita bangkit hari ini untuk mencari keindahan yang diharapkan..



Namun, mudahkah bagi kita??? semoga dipermudahkan segala-galanya..
salah satu cabang dalam meniti kehidupan adalah istilah 'cinta'..
ia boleh hadir dan boleh pudar sekelip mata.. cara dan kaedah menjaganya agar kekal bercantum di hati adalah usaha bagi kedua-duanya.. bukan sekadar satu pihak sahaja.. cinta hidup seperti tanaman yang ditanam.. semakin baik kita menjaganya, semakin indah hasil yang dapat kita kecapi.. namun, sebaliknya akan kita lihat seandainya pudar sebuah percintaan.. walau apapun yang terjadi, jangan disalahkan takdir..kerana yang baik sememangnya datang dari DIA.. dan yang buruk itu adalah kerana kelalaian diri kita sendiri.. aku juga sedang menerokai dan mencari cinta yang dikurniakan buat aku..



Janganlah dikelamkan keputihan dan kesucian cinta.. yang bisa mewarnakannya adalah kita..


Bingkisan Pemikiran...
Arezuera Ismail
21 November 2010
10.18 a.m

Wednesday, November 10, 2010

Si dia sedang berbahagia???



Akhirnya....
Si dia bertemu insan yang sesuai dan dapat membahagiakan dia..
Sebagai kawan.. aku bersyukur dan menumpang kebahagiaannya..
Dari jauh aku hanya dapat berdoa dia terus bahagia..
Moga cinta mereka direstui Allah selamanya..
Dipermudahkan apa jua..
Kerana lebih baik kamu berusaha menyayangi orang yang mencintai kamu..
daripada kamu menunggu orang yang kamu cintai..
kerana belum tentu orang yang kamu cintai akan mencintai kamu..
cinta sukar diungkapkan..


Semoga jodoh berpihak kepada mereka berdua..
Aku turut gembira kerana dia sedang berbahagia..
Kehidupan bersama perlu banyak toleransi dan kejujuran..
Tahniah...
Ucapan aku untuk dia..



>> Percayalah, setiap orang telah ditentukan jodohnya sama ada cepat atau lambat..
sekarang awak dah temui jodoh yang dapat membahagiakan awak.. jagalah si dia sebaik mungkin.. seandainya terlahir perbalahan antara kamu, gunakan akal untuk menjaga hubungan kalian.. percayalah di antara satu sama lain.. buangkan fikiran negatif.. jangan melontar kemarahan tanpa usul periksa.. jangan sakiti hati masing-masing.. suburkan hubungan kalian dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.. kerana kamu akan hidup bersama bukan hanya untuk hari ini.. tetapi sehingga ke alam syurga..
semoga ibu bapa merestui hubungan kalian berdua.. amin2..