Friday, December 31, 2010

Bukan mahuku..


Keadaan yang semakin berputar dan berubah.. 
membuatkan aku terpaksa membohongi kamu.. 


bukan untuk kepentinganku.. 
tapi demi kebahagiaanmu.. 
semoga apa yang aku lakukan adalah yang terbaik buat kamu..
bukan hanya untuk hari ini..
tetapi untuk sepanjang hidup kamu..
demi nafas yg kini ada bersama kamu dan dirinya..
amin..


jgn kasihani aku..
apatah lagi menyesali tingkahmu..
kerana tiada benci apatah lagi dendam di hati ini..
kerana ini semua adalah takdir..
dari sebahagian hikmah yang diberi olehNYA..

31 Disember 2010
5.43 PM

Friday, December 24, 2010

Love is???


comel pic ni.. baca maksud.. 
jangan tenung gambarnya.. c(: 

1.....

2.....

3....

4....

5....

6....

7.....

8.....

9.....

10.....

11.....

12.....

13....

14.....

15.....

 16....

3.12 am
25 Disember 2010

Tuesday, December 21, 2010

Terakhir Kali..



Dalam pengucapan berbisik..
katanya terakhir kali..
Dalam resah ungkapan melirik..
keluhnya terakhir kali..
Dalam pilu luahan terdetik..
ucapnya juga tekahir kali...



Bingkas nostalgia itu kalut menyusur..
menyusur laju seiring detik waktu..
susurnya dia tahu..
galurnya tak pasti menentu..
dalam rekahan dilema fikiran buntu..
lalu berteriak minda tak kedengaran walhal bisu..
membisu terpana dalam leretan paksi cakerawala impian meluru..
terpukul.. terdera.. terpana membukitnya pilu.



tak nyata tak beri..
tak merasa tak bererti..
tak yakin tak pasti..
tidakkan berbaki andai bukan mencari??
hakikat itu nyata yang hakiki..
dalam bisa selumbar pedihnya kian berbaki..
katanya sekali lagi..
'buat terakhir kali.....'
sedangkan hati yang luka berkali..
sering mengira ungkapan terakhir kali..
yang sebenarnya telah berkali-kali..
apakah tidak pernah disedari??
atau mindanya tidak bersatu lagi dengan hati??
menongkah takdir yang telah diberi..
menidakkan karma tersurat dilakari..
menggeleng pada kebahagiaan yang dicarinya sendiri..


8.03 PM
21 Disember 2010

Sunday, December 19, 2010

Kembali Senyum.. haha!

Dah nak balik Shah Alam...
keja.. keja.. keja.. dan keja..


Nampak tak Shah Alam???


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(Masjid yang memberi kisah lucu pada sy.. haha!)


Perpustakaan Raja Tun Uda
(Jom Baca Buku!)

Stadium Shah Alam & Stadium Melawati
(Teringat kat UiTM dulu2.. Fakulti tumpang kat stadium ni..huhu.. tp best, dpt jumpa pemain bola selalu! haha)


UiTM ~ Usaha Takwa Mulia
(Tempat jatuh lagikan dikenang.. inikan pula tempat menuntut ilmu..lalalala) 


Taman Tasik Shah Alam


Plaza Alam Sentral
(Jom main bowling!!!)


Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam @ Bukit Cerakah
(Jalan-jalan)


I-City 
(Sangat cantik!! taman cahaya)

Dah 8 tahun duk kat Shah Alam.. 
dari zaman belajar sampailah dah keja..
dah jadi rumah kedua pun Negeri Selangor ni.. 
Terpaksa tinggalkan 'Perak Tercinta' seketika untuk pulang mencari nafkah di 'Bandar Anggerik'
Berakhirnya cuti sy tak lama lagi..
hehehehe..  Back to School..

Thursday, December 16, 2010

Suka!!

Sekarang mood tengah happy.. so meh nak cerita sikit tentang apa yang digemari kanak2.. tapi .....
bukan kanak-kanak je yg suka.. semua orang boleh jadi suka, termasuklah sy.. hehe.. 

Bila cerita bab kartun.. hanya ada beberapa siri animasi yang berjaya buat sy bertahan lama menonton televisyen.. sebab biasanya, bab2 kartun ni tak berapa minat.. ada orang boleh layan semua cerita kartun tak kira jenis.. tapi apa yg sy minat.. itu je yg sy tgk.. biasanya yang tak payah baca sarikata la.. sebabnya???
 malas nak baca.. hahaha! 

Mula-mula nak cerita tentang kartun KELUANG MAN.. 
lawak gak cite ni.. teringat macam mana si Borhan ni berkenalan dengan awek dia si Aisyah yang cun melecun.. suka sangat tengok.. kartun pun sweet bila bercinta.. dah la dapat awek cun + baik.. 
bahagia je tgk diorang.. 
Lagu tema cite ni pun still hafal sampaila sekarang.. suka sgt nyanyi..
Dengar sekali memang macam lawak je lagunya.. tapi kalau dah tiap2 minggu layan, jadi favourite song jugakla time dulu-dulu..


ANAK-ANAK SIDEK pun best.. 
dulu memang tunggu je cite ni.. suka tengok budak2 ni gado.. 
macam kehidupan seharian kitala dengan adik beradik yang lain.. 
kartunnya pun chumelll... :)


haha.. ni USOP SONTORIAN.. 
kartun ni pun jadi kesukaan gak dulu2.. watak budak2 kat kampung ni memang kelakar..

Budak SHIN CHAN ni lagila kelakar.. 
degil + bijak + nakal sangat2.. hoho.. 
macam manalah idup kalau dapat anak nakal macam dia ni.. 
anak murid nakal pun dah pening rasa nak menjerit sekuat hati.. 
apepun cite ni sgt best.. 
suka bila budak shin chan ni usik2 mak dia..
 lawak2!!


Yang ni paling Chumeeeeeeeeeeeelll.. UPIN & IPIN.. 
kartun ni sgt sweet dengan suara + rupa, sgt cute.. suka tengok kartun ni sebab semuanya chumeell dan bijak2.. banyak nilai2 murni jugak dalam cite ni.. Layan bape lama pun takpe sebab sgt seronok.. =)



Bila tengok cite2 kartun ni memang boleh lupala segala duka lara yang mengganggu jiwa..
boleh buat diri sentiasa tersenyum dan ketawa..
walaupun umur dah meningkat dewasa..
hahahaha.. luv sgt2!!


8:05 PM
16 Disember 2010


Friday, December 10, 2010

Nak tengok Lagi..

Bila nak tayang balik citer ni ek??? huhu.. nk tgk lagi..


Wednesday, December 8, 2010

Nyum Nyum!!


Hari ni dapat makan jagung!! 
my favourite.. best2!! 
thanks to jila coz tolong belikan.. 
thanks jugak tuk tira coz tlg bayarkan.. 
hehehe..


Saturday, December 4, 2010

Dulu Lain.. Sekarang Lain...




Dulu.....
Memangla selalu tunggu awak call..
siang malam tunggu..
bila telefon berbunyi je, seronok..
mesej & data panggilan tak pernah 'delete' pun..
bertahun-tahun macam tu..
balas mesej simple2 pun takpe, tak kisah..
janji dapat khabar dari kamu..
TAPI TU DULU JE LAAaaa..


Sekarang..
Tak leh tengok nombor kamu lagi,
kenapa nak call lagi??
tak bahagia lagi ke?
nak menipu lagi ke??
tak cukup ke isteri sorang?
ke nak bagitau ada orang baru lagi??
atau nak bagitau hidup tengah bahagia??
ke masih rasa bersalah??
ataupun saja je nak suh orang ingat kenangan lama??
pegi men jauh2 la..
BOSAN sama kamu!!