Wednesday, December 21, 2011

Bicara PadaNYA..


Terpana kerlingan di saat jarum masa berdetik..
latar detaknya tidak lagi sayup rentaknya di cuping telinga ini..
manakan aku bisa jauh dari perjalanan waktu itu??
walhal aku pasti mengerti waktu itu tidak pernah bisa berhenti..
kelam aku ingin kembali ke semalam...
namun esok menerjah tanpa memberi ku peluang..
kata esok, ia juga akan jadi semalam..
pesannya supaya sentiasa menghargainya agar aku tidak menyesali kehilangan semalam lagi..


Tuhan..
Hati ini pasti kurnianya dari Kamu..
Fikiran ini juga ikhlasnya pasti dari kamu..
untuk membentuk perilaku, berbekalkan sedikit kekuatan yang ingin Kau berikan pada aku..
tapi adakala fikiran dan hati itu tidak berteman selalu..
berlegar sendiri rencana di fikiran ada ketikanya jauh meninggalkan hati yang berbicara kaku..
ada waktunya juga, hati meraung seolah menjerit agar fikiran melangkah serentak bersamanya..
memang, kadangnya dua kurniaanmu ini memutar rasa yang berbeza..
lalu aku kalah pada kenyataan yang menzahirkan pengucapan yang sahnya amat mengelirukan aku..
berganti sesuatu itu adalah dengan kehendakMu..
kehilangan itu juga muktamadnya atas perintahMu..
tunduk aku akur pada ketentuan yang kau karangkan buat aku..
hilang itu kebiasaan Tuhan..
berganti itu juga karibnya saat ada yang hilang..
takkan ada yang sama dalam ciptaanMu Tuhan..
kerana hanya Kau tahu setiap dari kejadiaan itu ada uniknya.. wujud indahnya..
yang sukar dimengerti manusia, apatah lagi difahaminya..
doa itu bertingkah disebut.. diungkap agar makbulnya diperkenan olehMu..
bilamana mata melirik menyaksikan keindahan kehidupan dunia yang Kau redhai sentiasa..
agar aku ada dikalangan mereka, sekalipun bukan untuk bersama..



Ya Tuhan..
aku benar-benar tahu, ada sesuatu yang ingin kau berikan pada aku..
cuma, mungkin benar belum tiba saatnya kau hadiahkan pada aku..
aku menanti Ya Tuhan.. suburkanlah kesabaran dan kekuatan..
agar aku bisa lalui ujian dan dugaan dariMU..
tanpa meninggalkan tangisan.. juga tanpa melupakan senyuman..
malah seiring alunan bicara padaMu.. insyaAllah~

21 Disember 2011
6.28 p.m

Wednesday, May 18, 2011

Suratan..

Segar di ingatan..
sejarah luka yang berlaku..
terpahat kenangan..
cerita cinta ku padamu..




Tiada duanya..
biar berjuta tidak sama..
indahnya cintamu..
setulus budi mu pada ku..

Telah ku terima..
suratan takdir Yang Esa..
cinta manusia..
suka dan duka di tanganNYA..



Sedalam renungan..
moga terjawab persoalan..
APAKAH SALAHKU?
DI MANA SILAPKU??





Sudah lumrah kehidupan..
tidak lepas kesalahan...
cinta yang menjadi korban...


kesilapan

Saat yang silih berlalu..
masa tak akan kembali..
semua telah berlaku... 


diinsafi..

ku pohonkan doa..
semoga kau berbahagia..
tempoh hidup ini..
jalanan berduri..
nama mu biarkan abadi...


di sini...

Muda-mudahan bersama..
keadaan yang berbeza...
di alam cinta yang kekal....


selamanya..



Thursday, May 5, 2011

Seketika..

Tidak pernah aku sangka seketika itu..
rasa yang layarnya di dalam hati luruh bersama harapan..
impian terakhir ini kosong rupanya..
salah aku kerana memberi hati ini ruangan..
silap aku kerana membenarkan jiwa mengingatinya..
namun aku sesungguhnya tidak berdaya..
melawan anugerah dari Tuhan yang Esa..
realitinya di damba seluruh umat manusia..
untuk merasa apa itu bahagia selama-lamanya..



Namun...
Rasa yang sebenarnya ingin dibaja..
Layu tatkala awal suburnya...
Mati saat di hujung leraian jemari membina..
Gugur di antara keindahan yang dikaburi lewat sebentar sahaja..
pada pendirian yang tidak pernah utuh..
pada bicara yang kurasakan pahit jujurnya..
pada janji yang entah mengapa terbina, terzahir adakah sengaja?
atau sekadar ruang bersimpati pada jasad semata?

setia itu sebati di hati..
setia itu buat aku lelah jatuh merintih..
setia juga yang membuatkan aku lemah seolah mati..
meniti dentuman kenyataan yang getir..
menjalar di benak yang lukanya tidak pernah letih dari menagih..
mekar di hati hanyalah penantian pada ruang dan benak yang bukan untuk aku walau sedikit..



tapi nyatanya mengapa aku masih berharap??
mengapa aku masih menunggu??
menanti itu untuk apa lagi buat aku??
sedang yang melihat tak tahu..
sedang yang mentafsir belum betul tentu..
kerana hanya aku tahu..
mengapa aku masih membiarkan luka bersahabat dengan darah..
mengapa aku masih menjadikan kaca penoreh di atma..
mengapa aku setia membiarkan doa meniti di bibir dan minda..
sedang aku tahu, hadirnya dia bukan buatku...
rasa itu tidak pernah ada padanya..
rindu itu semakin samar bayangnya..
kasih itu tak pernah lagi berzikir di sebutannya..
apatah lagi aku sudah sedia tahu...
yang cintanya semakin kurang adanya...
atau sebenarnya memang tidak pernah ada..
nyata, aku yang sebenarnya terluka..
dan selamanya terakhir ini bukan rupanya..
Sesungguhnya hanya Tuhan tahu mengapa..
dan apa sebenar jawapnya..
aku sekuat jiwa meredhainya..




aku yang sering terluka....

Wednesday, March 16, 2011

Aku PerlukanMU...



Ya Allah Ya Tuhanku...
Apa yang terjadi hari ini.. adalah ujian dariMU..
selama aku alpa, aku lupa, aku lalui liku dunia tanpa pautan padaMU Tuhan..
tatkala kesedihan datang.. sewaktu itu ku bermohon padaMU..
tentang harapan.. tentang perasaan.. tentang kekuatan.. tentang dorongan..
namun, sewaktu hayat dan jasadku megah berdiri tanpa musibah..
bibir ini berat.. tangan ini kaku.. airmata tak jatuh tunduk padaMU..
aku jadi akur pada roda putaran dunia.. mengharap cinta yang tiada sudahnya..



Sedangkan.....
tiap kali, tiap detik, dan serentak jantung berdetak..
aku tidak pernah merasa bahagianya istilah cinta..
apakah itu balasan buatku Tuhan??
kerana menjauhiMU.. kerana membelakangi rahmatMU.. kerana jarang waktu sujud padaMU??
apakah semua ini khilafku Ya Allah??



Ya... sememangnya khilafku...
padahal aku sedar, nikmat itu kurniaanMU..
perasaan jernih di hati adalah anugerahMU..
ketentuan baik buruk jodohKU adalah atas kehendakMU..
apa guna aku mengagumi cinta?? padahal dalamnya aku derita?
mengapa aku mengharap kasih?? walhal setiaku tersisih??
haruskah aku menunggu bahagia?? wujud telah ku nampak seksanya??

Aku tahu diriMU sentiasa tahu apa yang akan terjadi..
dan apa yang tersirat atas kehendakMU tetap akan berlaku..
walau terpanah sakit menanti mati, takkan hilang nyawa andai bukan dengan izinMU..
walau merancang penuh ketelitian tak akan menjadi benar tanpa restuMU..
walau sekuat mana akal takkan terzahir tanpa penghuluran dariMU..



hati ini seolah mati.. kelam dibawa gelapnya paksi dunia..
jiwa ini seakan lesu.. lemah tak bermaya diuji gelombang derita dunia..
penglihatan hilang jernihnya..
pendengaran hapus liuknya..
langkah sumbang menjerat penyesalan dunia..

Tuhanku..
kupinta penghuluran kasih dariMU..
kuharap terlihat cahaya dariMU..
kupohon mengalir cinta hanyalah untukMU..
sebelum lahirnya cinta pada insan di dunia..
kerana sesungguhnya.. bercinta denganMU takkan pernah buat ku derita..
Kaulah kekasih hingga ke hujung nyawa..
Kaulah penawar hati yang derita..
Kaulah ubat yang menenangkan minda..
Kaulah sebaik-baik cinta yang membahagiakan jiwa..

Ampunkan aku Tuhan..
Tuntunlah aku selalu tatkala hati dan pandangan ini menjauhkan diri..
kerana aku tahu.. Kau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani..
Amin.. Amin.. Amin..


1.06 a.m (17 Mac 2011)

Tuesday, March 15, 2011

SeKaLi LaGi...


Sekali lagi ku lalui jalan sepi

Yang cukup diri ini kenali
Ku sangka dia yang ku cari
Telah ku jumpa
Namun dia yang menghancurkan jiwa



Cukuplah sudah hatiku dipanah duka
Cukuplah sudah segala sengsara
Dan aku tak mahu lagi dibelenggu rindu
Kerana ia akhirnya membunuhku



Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka yang sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri



Harapan terakhir ku rupanya sama saja
Dengan yang terdahulu darinya
Biarkan aku hidup tanpa belaian cinta
Biar semua tahu ku kecewa


Nyanyian ~~ KRU



Saturday, January 29, 2011

Monolog Hati


Tersenyum dan terus berdoa..
Semoga ada sesuatu untukku..
Atas kehendak dan ketentuan Allah S.W.T..
Bukan hanya untuk seketika..
Tetapi buat selama-lamanya..
InsyaAllah..
Amin...

Wednesday, January 19, 2011

Tuntunlah Hatiku..



Ya Allah..

Jika rasa ini hadir hanyalah untuk mengalirkan kesedihan padaku..
Kau jauhilah bisanya perasaan ini padanya..

Jika pelangi riang timbul hanya untuk membawa gurisan luka untukku..
Kau hindarkanlah ritma desiran warnanya ini padanya..

Jika hangatnya pancaran cakerawala kau indah dan suluhkan buatku..
Kau usirkanlah harapan tanpa sinar ini padanya..

Jika dari kejauhan buntu jiwaku menantikan berbalasnya sebuah rasa..
Kau bantulah aku meninggalkan rasa itu jauh tanpanya..

Jika lagu indah kau dendangkan menemani halwa telingaku..
Kau biarkanlah melodinya meliuk 
tanpa iringan suara yang sumbang nada pada dirinya..

Agar aku bisa bangun tanpa dibantu..
Supaya aku bisa berdiri tanpa berpaut..
Moga aku bisa berlari tanpa terjatuh..

Biar nanti hatiku tahu.. 
Biar akhirnya fikiranku teguh dan mampu..
Biar aku sedia redha dengan ketentuanMU..
Bahawa tetap bukanlah aku ada di dalam sebahagian liku hidupnya..
Supaya aku pergi tidak dihalau..
Agar aku berundur tidak diherdik..
Moga aku melangkah bukan dipaksa..


Tuntunlah hatiku Ya Allah..
Kerana hanya Kau yang dapat menenangkan jiwaku..
Jauhilah dia dariku..
Seandainya tiada secalit huruf dari namaku..
yang terukir di hatinya..
Sesungguhnya aku telah biasa..
dan sudah lama menjadi biasa..

Amin...

Arezuera Ismail
11.16 PM
19 Januari 2011