Wednesday, March 16, 2011

Aku PerlukanMU...



Ya Allah Ya Tuhanku...
Apa yang terjadi hari ini.. adalah ujian dariMU..
selama aku alpa, aku lupa, aku lalui liku dunia tanpa pautan padaMU Tuhan..
tatkala kesedihan datang.. sewaktu itu ku bermohon padaMU..
tentang harapan.. tentang perasaan.. tentang kekuatan.. tentang dorongan..
namun, sewaktu hayat dan jasadku megah berdiri tanpa musibah..
bibir ini berat.. tangan ini kaku.. airmata tak jatuh tunduk padaMU..
aku jadi akur pada roda putaran dunia.. mengharap cinta yang tiada sudahnya..



Sedangkan.....
tiap kali, tiap detik, dan serentak jantung berdetak..
aku tidak pernah merasa bahagianya istilah cinta..
apakah itu balasan buatku Tuhan??
kerana menjauhiMU.. kerana membelakangi rahmatMU.. kerana jarang waktu sujud padaMU??
apakah semua ini khilafku Ya Allah??



Ya... sememangnya khilafku...
padahal aku sedar, nikmat itu kurniaanMU..
perasaan jernih di hati adalah anugerahMU..
ketentuan baik buruk jodohKU adalah atas kehendakMU..
apa guna aku mengagumi cinta?? padahal dalamnya aku derita?
mengapa aku mengharap kasih?? walhal setiaku tersisih??
haruskah aku menunggu bahagia?? wujud telah ku nampak seksanya??

Aku tahu diriMU sentiasa tahu apa yang akan terjadi..
dan apa yang tersirat atas kehendakMU tetap akan berlaku..
walau terpanah sakit menanti mati, takkan hilang nyawa andai bukan dengan izinMU..
walau merancang penuh ketelitian tak akan menjadi benar tanpa restuMU..
walau sekuat mana akal takkan terzahir tanpa penghuluran dariMU..



hati ini seolah mati.. kelam dibawa gelapnya paksi dunia..
jiwa ini seakan lesu.. lemah tak bermaya diuji gelombang derita dunia..
penglihatan hilang jernihnya..
pendengaran hapus liuknya..
langkah sumbang menjerat penyesalan dunia..

Tuhanku..
kupinta penghuluran kasih dariMU..
kuharap terlihat cahaya dariMU..
kupohon mengalir cinta hanyalah untukMU..
sebelum lahirnya cinta pada insan di dunia..
kerana sesungguhnya.. bercinta denganMU takkan pernah buat ku derita..
Kaulah kekasih hingga ke hujung nyawa..
Kaulah penawar hati yang derita..
Kaulah ubat yang menenangkan minda..
Kaulah sebaik-baik cinta yang membahagiakan jiwa..

Ampunkan aku Tuhan..
Tuntunlah aku selalu tatkala hati dan pandangan ini menjauhkan diri..
kerana aku tahu.. Kau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani..
Amin.. Amin.. Amin..


1.06 a.m (17 Mac 2011)

No comments: