Wednesday, December 21, 2011

Bicara PadaNYA..


Terpana kerlingan di saat jarum masa berdetik..
latar detaknya tidak lagi sayup rentaknya di cuping telinga ini..
manakan aku bisa jauh dari perjalanan waktu itu??
walhal aku pasti mengerti waktu itu tidak pernah bisa berhenti..
kelam aku ingin kembali ke semalam...
namun esok menerjah tanpa memberi ku peluang..
kata esok, ia juga akan jadi semalam..
pesannya supaya sentiasa menghargainya agar aku tidak menyesali kehilangan semalam lagi..


Tuhan..
Hati ini pasti kurnianya dari Kamu..
Fikiran ini juga ikhlasnya pasti dari kamu..
untuk membentuk perilaku, berbekalkan sedikit kekuatan yang ingin Kau berikan pada aku..
tapi adakala fikiran dan hati itu tidak berteman selalu..
berlegar sendiri rencana di fikiran ada ketikanya jauh meninggalkan hati yang berbicara kaku..
ada waktunya juga, hati meraung seolah menjerit agar fikiran melangkah serentak bersamanya..
memang, kadangnya dua kurniaanmu ini memutar rasa yang berbeza..
lalu aku kalah pada kenyataan yang menzahirkan pengucapan yang sahnya amat mengelirukan aku..
berganti sesuatu itu adalah dengan kehendakMu..
kehilangan itu juga muktamadnya atas perintahMu..
tunduk aku akur pada ketentuan yang kau karangkan buat aku..
hilang itu kebiasaan Tuhan..
berganti itu juga karibnya saat ada yang hilang..
takkan ada yang sama dalam ciptaanMu Tuhan..
kerana hanya Kau tahu setiap dari kejadiaan itu ada uniknya.. wujud indahnya..
yang sukar dimengerti manusia, apatah lagi difahaminya..
doa itu bertingkah disebut.. diungkap agar makbulnya diperkenan olehMu..
bilamana mata melirik menyaksikan keindahan kehidupan dunia yang Kau redhai sentiasa..
agar aku ada dikalangan mereka, sekalipun bukan untuk bersama..



Ya Tuhan..
aku benar-benar tahu, ada sesuatu yang ingin kau berikan pada aku..
cuma, mungkin benar belum tiba saatnya kau hadiahkan pada aku..
aku menanti Ya Tuhan.. suburkanlah kesabaran dan kekuatan..
agar aku bisa lalui ujian dan dugaan dariMU..
tanpa meninggalkan tangisan.. juga tanpa melupakan senyuman..
malah seiring alunan bicara padaMu.. insyaAllah~

21 Disember 2011
6.28 p.m

1 comment:

tak bernama said...

mungkin lebih senang begini..
tanpa siapa mengerti..