Showing posts with label Nukilan Cik Epal. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Cik Epal. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Ritma Bingkisan Cinta...



Hari berganti hari.. bermakna usia kian bertambah.. lumrah alam yang dilalui oleh setiap makhluk di muka bumi ini.. tak perlu mengharap terlalu banyak.. cukuplah sekadar diberi kesihatan yang sempurna, rezeki yang bercambah, kebahagiaan hidup yang berkekalan..

Bila disebut soal kebahagiaan??? sememangnya aku bahagia disamping keluarga tercinta.. tapi kehidupan bersama ayah ibu, adik beradik, bukanlah untuk selamanya.. nak tak nak kena juga fikir soal kebahagiaan sendiri dalam membina keluarga..



Cinta??? mesti semua orang tahu apa itu cinta.. cinta yang sangat universal.. perspektif subjektif yang perlu dikupas bukan hanya dalam tempoh beberapa minit, tidak sekadar dalam jangkamasa sebentar melewati pemikiran.. tapi ianya sangat-sangat sukar diterokai.. pada aku, cinta tu lahir dari hati.. bermakna apabila hati kita sudah menyayangi seseorang lebih dari kita menyayangi orang-orang lain.. dalam hubungan sebagai 'kekasih', cinta membawa suluhan peranan dan ciri kompleksnya yang tersendiri.. setiap orang mempunyai pengalaman dalam menempuh biasan keunikan bercinta yang berbeza-beza..



Kenapa perlu bercinta??
Seandai ada manusia yang menyatakan tiada istilah cinta dalam benaknya.. maka dia sebenarnya sedang menidakkan pemberian suatu rasa indah yang diberi oleh Tuhan.. Cuba fahami dengan sedalam-dalamnya kenapa cinta tertanam jauh di atma setiap manusia di dalam dunia ini.?? dengan memahami, kita akan menemui hikmah serta keberkatan cinta itu sendiri.. ada orang dipermudahkan urusan dan perjalanan mencari teman sehidup semati.. tapi ada juga yang silih berganti tak bertemu dengan calon yang sesuai buatnya.. itu semua aturan perjalanan dan takdir yang harus kita terima.. jangan sesekali menyalahkan cinta.. kerana apa yang terjadi adalah ujian buat kita...



Melihat dari sudut kebahagiaan..
cinta boleh dibina.. bisa disemai.. dan sememang benar indahnya..
cuma satu yang nyata ianya tidak boleh dipaksa.. ia perlukan masa..
tempoh ikatan hati berbeza bagi setiap insan..
ada yang bertahun-tahun mencari cinta barulah terbuka pintu hati untuk menerima orang yang mencintainya..
ada yang dalam tempoh sekelip mata boleh jatuh cinta..
ada orang yang seumur hidup menunggu orang yang dicintainya..
bila difikirkan... memang unik perasaan yang diberi kepada kita..



kesabaran perlu sentiasa ada.. perlu sering kita pelihara untuk memiliki cinta.. indahnya ada, tapi bukan boleh kita reka, rancang untuk dibina.. tetapi bila kurniaan itu tiba, insyaAllah semua akan merasa betapa indahnya perasaan itu..



Dendam kerana cinta lalu yang tidak kesampaian???
benarlah kata orang, berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. Ada orang yang pernah dikhianati oleh insan yang disayanginya.. tapi itu bukan kehendak kita.. bukan juga sebab untuk kita membina lukah-lukah dendam.. bila difikirkan kesedihan, setiap manusia ini sangatlah berbeza.. cara kesedihan dalam bercinta juga terlalu lain susun galurnya.. bila ditoleh ke belakang, pelbagai refleksi serta impak yang telah dilalui dalam deretan plot insan yang bercinta.. tapi itu bukan bermakna Tuhan mahu kita menanam akar dendam di dalam diri.. kadang-kadang marah mengatasi tembok kesabaran.. tiap kali kecewa dalam bercinta membuatkan kita marah, dan sentiasa lahir bingkisan serta cebisan rasa putus asa.. dendam dan rasa benci akan datang tanpa kita pinta, apatah lagi sekiranya dikhianati begitu saja.. rasanya luka yang berdarah di tangan tak sama dengan kesakitan bisa hati yang terluka.. sembuh hanya pada zahirnya yang tidak pernah menghilangkan parut yang sentiasa kekal ada..

Bagi sesiapa saja.. kenangan semalam mengajar erti ketabahan.. kerana apa yang terbentang semalam, membuatkan kita bangkit hari ini untuk mencari keindahan yang diharapkan..



Namun, mudahkah bagi kita??? semoga dipermudahkan segala-galanya..
salah satu cabang dalam meniti kehidupan adalah istilah 'cinta'..
ia boleh hadir dan boleh pudar sekelip mata.. cara dan kaedah menjaganya agar kekal bercantum di hati adalah usaha bagi kedua-duanya.. bukan sekadar satu pihak sahaja.. cinta hidup seperti tanaman yang ditanam.. semakin baik kita menjaganya, semakin indah hasil yang dapat kita kecapi.. namun, sebaliknya akan kita lihat seandainya pudar sebuah percintaan.. walau apapun yang terjadi, jangan disalahkan takdir..kerana yang baik sememangnya datang dari DIA.. dan yang buruk itu adalah kerana kelalaian diri kita sendiri.. aku juga sedang menerokai dan mencari cinta yang dikurniakan buat aku..



Janganlah dikelamkan keputihan dan kesucian cinta.. yang bisa mewarnakannya adalah kita..


Bingkisan Pemikiran...
Arezuera Ismail
21 November 2010
10.18 a.m

Wednesday, November 10, 2010

Si dia sedang berbahagia???



Akhirnya....
Si dia bertemu insan yang sesuai dan dapat membahagiakan dia..
Sebagai kawan.. aku bersyukur dan menumpang kebahagiaannya..
Dari jauh aku hanya dapat berdoa dia terus bahagia..
Moga cinta mereka direstui Allah selamanya..
Dipermudahkan apa jua..
Kerana lebih baik kamu berusaha menyayangi orang yang mencintai kamu..
daripada kamu menunggu orang yang kamu cintai..
kerana belum tentu orang yang kamu cintai akan mencintai kamu..
cinta sukar diungkapkan..


Semoga jodoh berpihak kepada mereka berdua..
Aku turut gembira kerana dia sedang berbahagia..
Kehidupan bersama perlu banyak toleransi dan kejujuran..
Tahniah...
Ucapan aku untuk dia..



>> Percayalah, setiap orang telah ditentukan jodohnya sama ada cepat atau lambat..
sekarang awak dah temui jodoh yang dapat membahagiakan awak.. jagalah si dia sebaik mungkin.. seandainya terlahir perbalahan antara kamu, gunakan akal untuk menjaga hubungan kalian.. percayalah di antara satu sama lain.. buangkan fikiran negatif.. jangan melontar kemarahan tanpa usul periksa.. jangan sakiti hati masing-masing.. suburkan hubungan kalian dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.. kerana kamu akan hidup bersama bukan hanya untuk hari ini.. tetapi sehingga ke alam syurga..
semoga ibu bapa merestui hubungan kalian berdua.. amin2..

Sunday, October 3, 2010

Bicara Tentang 'KEMAAFAN'...


Maaf..


Mudahnya nak lafazkan perkataan ni.. tapi kenapa sebelum melakukan kesilapan tak bimbing diri berfikir dulu?? betul la orang kata, bagus jadi insan yang pemaaf ni.. tapi tau tak macam mana perasaan orang yang dikhianati??? pernah ke rasa?? pada yang pernah rasa, mereka akan faham..
manusia ni, bicara mulut tak sama dengan kiasan hati.. adakala janji macam-macam sampai kadang2 janji tu sekadar penuh dengan unsur hiperbola semata.. tapi tak tunaikan pun. Bercakap seolah-olah dia yang terbaik, dia insan terhebat, tapi bila lakukan kesalahan?? hebatkah kamu??

Hidup ni senang je, jangan khianati sesiapa, jangan dengki pada sesiapa pun.. sebab balasan Tuhan bagi terus, dah tak tunggu akhirat lagi.. Fikirlah dengan fikiran waras yang Tuhan dah beri, jangan berfikir selepas tindakan dilakukan.. sebab tu la banyak kesan yang timbul.. benarlah kata pepatah 'lidah manusia ni lebih tajam dari mata pedang' .. memang tepat sangat la tu.. bila manusia berbicara, tak pernah fikir perasaan orang, asalkan dia rasa gembira, asalkan orang tak ganggu hidup dia.. tapi tau tak yang sikap tu dah buat orang lain terganggu???

Memang betul, memaafkan tu sangat baik.. sangatlah dituntut dalam agama.. itu satu sifat yang terpuji.. tapi sedarlah pada yang melakukan kesilapan, menghindar tu lebih baik dari mengubati.. jadi sementara masih hidup ni, janganlah menyakiti sesiapa.. janganlah mengkhianati sesiapa, tak usahlah menabur bicara yang berisi dusta semata-mata.. kan senang macam tu, tak perlu mencari musuh, tak perlu membina tembok dendam atau kebencian sesiapa.. barulah hidup yang aman dapat dikecapi..

Sedar satu je, memaafkan tu mungkin boleh dizahirkan oleh insan yang dikhianati.. tapi satu hakikat yang nyata harus diingat bahawa bukan semua perkara boleh dilupakan begitu saja.. sebab tu orang kata kenangan pahit itu walaupun satu, kuasanya mempengaruhi kenangan manis yang berjuta lebih banyak.. orang akan ingat kenangan pahit sampailah dia mati.. jadi, kenapa kita nak beri orang kenangan pahit?? kita suka ke kalau orang beri kita kenangan pahit??? masing2 ada akal fikiran, Tuhan bagi akal yang sama pada semua orang, biarlah tak pandai menuntut ilmu, jangan tak pandai menilai kehidupan.. bersihkan hati sebelum membersihkan fikiran..

Seandainya tiada kesalahan dilakukan, maka pasti tiada maaf yang dilafazkan..
ingatlah.. memang manusia tiada yang sempurna..
tapi kita harus mendidik diri dan membentuk akal agar tidak terus mencipta ketidaksempurnaan..

Jangan sekadar melafazkan maaf.. namun hakikatnya kesalahan dilakukan berulang kali..
hati manusia berbeza-beza.. sikap manusia juga berlainan..
ada yang pemaaf, ada yang pendendam..
hakikat hakiki yang satu ialah.. 'tidak mudah melupakan kesalahan'..
itulah lumrah dalam kehidupan..
bukan sekadar menasihati insan-insan di muka bumi ini..
teguran bagi membetulkan kesilapan diri juga..
sama-samalah memperbaiki kekhilafan diri..

Nukilanku...

Bicara tentang 'KEMAAFAN'..
Andai dihitung kesalahan..
pasti tidak terkira pengucapan kemaafan..
Lahirnya dari tarian bibir yang zahir mengungkap..
Namun apakah ia benar luhur tumbuh
dari pucuk hati yang menumbuh keinsafan???
Mengapa membiarkan kesilapan itu berulang andai tidak inginkan pengkhianatan??
Kenapa mengizinkan ia berlalu..
menyinggah lalu sering menghukum hati yang bukan milikmu???

Rasa itu tiada siapa tahu..
Bisa luka tiada insan yang lazimnya mengerti
sekalipun terniat untuk mengambil tahu..
Makin difikir makin kalah akal berlagu..
Tidak perlu membentuk cipta, mereka tari dusta andai hadir sekadar membinasa...
Janganlah membina duka, menyubur salah terus membiarkan tumbuh melata bertalu-talu..
dan seharusnya ia terus menjadi luka..

Jadilah kita insan yang selamanya hidup dalam jernihnya kebahagiaan..
Berenang dalam sucinya salji keimanan..
Berbaring dalam indahnya jalur pelangi kecintaan ciptaan Tuhan..
Kerana hidup ini sekadar perkongsiaan..
hidup ini sekadar satu gerabak tumpangan..
DariNYA putih kita datang..
Janganlah kita pulang kepadaNYA dengan penuh kehitaman...

11.32 pm, Ahad (3 Oktober 2010)
Selamanya aku..
Arezuera Ismail