Thursday, May 5, 2011

Seketika..

Tidak pernah aku sangka seketika itu..
rasa yang layarnya di dalam hati luruh bersama harapan..
impian terakhir ini kosong rupanya..
salah aku kerana memberi hati ini ruangan..
silap aku kerana membenarkan jiwa mengingatinya..
namun aku sesungguhnya tidak berdaya..
melawan anugerah dari Tuhan yang Esa..
realitinya di damba seluruh umat manusia..
untuk merasa apa itu bahagia selama-lamanya..



Namun...
Rasa yang sebenarnya ingin dibaja..
Layu tatkala awal suburnya...
Mati saat di hujung leraian jemari membina..
Gugur di antara keindahan yang dikaburi lewat sebentar sahaja..
pada pendirian yang tidak pernah utuh..
pada bicara yang kurasakan pahit jujurnya..
pada janji yang entah mengapa terbina, terzahir adakah sengaja?
atau sekadar ruang bersimpati pada jasad semata?

setia itu sebati di hati..
setia itu buat aku lelah jatuh merintih..
setia juga yang membuatkan aku lemah seolah mati..
meniti dentuman kenyataan yang getir..
menjalar di benak yang lukanya tidak pernah letih dari menagih..
mekar di hati hanyalah penantian pada ruang dan benak yang bukan untuk aku walau sedikit..



tapi nyatanya mengapa aku masih berharap??
mengapa aku masih menunggu??
menanti itu untuk apa lagi buat aku??
sedang yang melihat tak tahu..
sedang yang mentafsir belum betul tentu..
kerana hanya aku tahu..
mengapa aku masih membiarkan luka bersahabat dengan darah..
mengapa aku masih menjadikan kaca penoreh di atma..
mengapa aku setia membiarkan doa meniti di bibir dan minda..
sedang aku tahu, hadirnya dia bukan buatku...
rasa itu tidak pernah ada padanya..
rindu itu semakin samar bayangnya..
kasih itu tak pernah lagi berzikir di sebutannya..
apatah lagi aku sudah sedia tahu...
yang cintanya semakin kurang adanya...
atau sebenarnya memang tidak pernah ada..
nyata, aku yang sebenarnya terluka..
dan selamanya terakhir ini bukan rupanya..
Sesungguhnya hanya Tuhan tahu mengapa..
dan apa sebenar jawapnya..
aku sekuat jiwa meredhainya..




aku yang sering terluka....

Wednesday, March 16, 2011

Aku PerlukanMU...



Ya Allah Ya Tuhanku...
Apa yang terjadi hari ini.. adalah ujian dariMU..
selama aku alpa, aku lupa, aku lalui liku dunia tanpa pautan padaMU Tuhan..
tatkala kesedihan datang.. sewaktu itu ku bermohon padaMU..
tentang harapan.. tentang perasaan.. tentang kekuatan.. tentang dorongan..
namun, sewaktu hayat dan jasadku megah berdiri tanpa musibah..
bibir ini berat.. tangan ini kaku.. airmata tak jatuh tunduk padaMU..
aku jadi akur pada roda putaran dunia.. mengharap cinta yang tiada sudahnya..



Sedangkan.....
tiap kali, tiap detik, dan serentak jantung berdetak..
aku tidak pernah merasa bahagianya istilah cinta..
apakah itu balasan buatku Tuhan??
kerana menjauhiMU.. kerana membelakangi rahmatMU.. kerana jarang waktu sujud padaMU??
apakah semua ini khilafku Ya Allah??



Ya... sememangnya khilafku...
padahal aku sedar, nikmat itu kurniaanMU..
perasaan jernih di hati adalah anugerahMU..
ketentuan baik buruk jodohKU adalah atas kehendakMU..
apa guna aku mengagumi cinta?? padahal dalamnya aku derita?
mengapa aku mengharap kasih?? walhal setiaku tersisih??
haruskah aku menunggu bahagia?? wujud telah ku nampak seksanya??

Aku tahu diriMU sentiasa tahu apa yang akan terjadi..
dan apa yang tersirat atas kehendakMU tetap akan berlaku..
walau terpanah sakit menanti mati, takkan hilang nyawa andai bukan dengan izinMU..
walau merancang penuh ketelitian tak akan menjadi benar tanpa restuMU..
walau sekuat mana akal takkan terzahir tanpa penghuluran dariMU..



hati ini seolah mati.. kelam dibawa gelapnya paksi dunia..
jiwa ini seakan lesu.. lemah tak bermaya diuji gelombang derita dunia..
penglihatan hilang jernihnya..
pendengaran hapus liuknya..
langkah sumbang menjerat penyesalan dunia..

Tuhanku..
kupinta penghuluran kasih dariMU..
kuharap terlihat cahaya dariMU..
kupohon mengalir cinta hanyalah untukMU..
sebelum lahirnya cinta pada insan di dunia..
kerana sesungguhnya.. bercinta denganMU takkan pernah buat ku derita..
Kaulah kekasih hingga ke hujung nyawa..
Kaulah penawar hati yang derita..
Kaulah ubat yang menenangkan minda..
Kaulah sebaik-baik cinta yang membahagiakan jiwa..

Ampunkan aku Tuhan..
Tuntunlah aku selalu tatkala hati dan pandangan ini menjauhkan diri..
kerana aku tahu.. Kau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani..
Amin.. Amin.. Amin..


1.06 a.m (17 Mac 2011)