Saturday, November 20, 2010

Ritma Bingkisan Cinta...



Hari berganti hari.. bermakna usia kian bertambah.. lumrah alam yang dilalui oleh setiap makhluk di muka bumi ini.. tak perlu mengharap terlalu banyak.. cukuplah sekadar diberi kesihatan yang sempurna, rezeki yang bercambah, kebahagiaan hidup yang berkekalan..

Bila disebut soal kebahagiaan??? sememangnya aku bahagia disamping keluarga tercinta.. tapi kehidupan bersama ayah ibu, adik beradik, bukanlah untuk selamanya.. nak tak nak kena juga fikir soal kebahagiaan sendiri dalam membina keluarga..



Cinta??? mesti semua orang tahu apa itu cinta.. cinta yang sangat universal.. perspektif subjektif yang perlu dikupas bukan hanya dalam tempoh beberapa minit, tidak sekadar dalam jangkamasa sebentar melewati pemikiran.. tapi ianya sangat-sangat sukar diterokai.. pada aku, cinta tu lahir dari hati.. bermakna apabila hati kita sudah menyayangi seseorang lebih dari kita menyayangi orang-orang lain.. dalam hubungan sebagai 'kekasih', cinta membawa suluhan peranan dan ciri kompleksnya yang tersendiri.. setiap orang mempunyai pengalaman dalam menempuh biasan keunikan bercinta yang berbeza-beza..



Kenapa perlu bercinta??
Seandai ada manusia yang menyatakan tiada istilah cinta dalam benaknya.. maka dia sebenarnya sedang menidakkan pemberian suatu rasa indah yang diberi oleh Tuhan.. Cuba fahami dengan sedalam-dalamnya kenapa cinta tertanam jauh di atma setiap manusia di dalam dunia ini.?? dengan memahami, kita akan menemui hikmah serta keberkatan cinta itu sendiri.. ada orang dipermudahkan urusan dan perjalanan mencari teman sehidup semati.. tapi ada juga yang silih berganti tak bertemu dengan calon yang sesuai buatnya.. itu semua aturan perjalanan dan takdir yang harus kita terima.. jangan sesekali menyalahkan cinta.. kerana apa yang terjadi adalah ujian buat kita...



Melihat dari sudut kebahagiaan..
cinta boleh dibina.. bisa disemai.. dan sememang benar indahnya..
cuma satu yang nyata ianya tidak boleh dipaksa.. ia perlukan masa..
tempoh ikatan hati berbeza bagi setiap insan..
ada yang bertahun-tahun mencari cinta barulah terbuka pintu hati untuk menerima orang yang mencintainya..
ada yang dalam tempoh sekelip mata boleh jatuh cinta..
ada orang yang seumur hidup menunggu orang yang dicintainya..
bila difikirkan... memang unik perasaan yang diberi kepada kita..



kesabaran perlu sentiasa ada.. perlu sering kita pelihara untuk memiliki cinta.. indahnya ada, tapi bukan boleh kita reka, rancang untuk dibina.. tetapi bila kurniaan itu tiba, insyaAllah semua akan merasa betapa indahnya perasaan itu..



Dendam kerana cinta lalu yang tidak kesampaian???
benarlah kata orang, berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. Ada orang yang pernah dikhianati oleh insan yang disayanginya.. tapi itu bukan kehendak kita.. bukan juga sebab untuk kita membina lukah-lukah dendam.. bila difikirkan kesedihan, setiap manusia ini sangatlah berbeza.. cara kesedihan dalam bercinta juga terlalu lain susun galurnya.. bila ditoleh ke belakang, pelbagai refleksi serta impak yang telah dilalui dalam deretan plot insan yang bercinta.. tapi itu bukan bermakna Tuhan mahu kita menanam akar dendam di dalam diri.. kadang-kadang marah mengatasi tembok kesabaran.. tiap kali kecewa dalam bercinta membuatkan kita marah, dan sentiasa lahir bingkisan serta cebisan rasa putus asa.. dendam dan rasa benci akan datang tanpa kita pinta, apatah lagi sekiranya dikhianati begitu saja.. rasanya luka yang berdarah di tangan tak sama dengan kesakitan bisa hati yang terluka.. sembuh hanya pada zahirnya yang tidak pernah menghilangkan parut yang sentiasa kekal ada..

Bagi sesiapa saja.. kenangan semalam mengajar erti ketabahan.. kerana apa yang terbentang semalam, membuatkan kita bangkit hari ini untuk mencari keindahan yang diharapkan..



Namun, mudahkah bagi kita??? semoga dipermudahkan segala-galanya..
salah satu cabang dalam meniti kehidupan adalah istilah 'cinta'..
ia boleh hadir dan boleh pudar sekelip mata.. cara dan kaedah menjaganya agar kekal bercantum di hati adalah usaha bagi kedua-duanya.. bukan sekadar satu pihak sahaja.. cinta hidup seperti tanaman yang ditanam.. semakin baik kita menjaganya, semakin indah hasil yang dapat kita kecapi.. namun, sebaliknya akan kita lihat seandainya pudar sebuah percintaan.. walau apapun yang terjadi, jangan disalahkan takdir..kerana yang baik sememangnya datang dari DIA.. dan yang buruk itu adalah kerana kelalaian diri kita sendiri.. aku juga sedang menerokai dan mencari cinta yang dikurniakan buat aku..



Janganlah dikelamkan keputihan dan kesucian cinta.. yang bisa mewarnakannya adalah kita..


Bingkisan Pemikiran...
Arezuera Ismail
21 November 2010
10.18 a.m

No comments: