Saturday, October 9, 2010

Sajak Pilihanku..

Salam... hari ni jiwa aku sayu je, rasa sedih bila baca balik penulisan yang pernah dihasilkan.. tiba-tiba terbaca puisi dari kawan ni.. Bila cerita tentang puisi.. puisi inilah salah satu puisi yang aku suka.. sajak ni ditulis oleh kawan yang hanya kukenali di dunia cyber.. tapi jauh disudut hatinya tersimpan kekecewaan kerana seseorang yang bernama wanita.. betapa dia terlalu kecewa dengan seorang wanita.. semakin lama menjadi kawan baiknya, semakin aku mengerti kepedihan yang dia rasakan. Siapa kata orang yang kita kenal di dunia cyber ni jahat2 belaka?? buktinya.. kebanyakan kawan baik yang kukenali adalah dari kalangan orang2 sebegini.. mereka juga yg byk membantu, dan sentiasa berada di sisi.. jelaslah bahawa sahabat sejati tidak semestinya berada di hadapan mata..

(Tajuk : Hadiah)
Sesungguhnya sedih ini tidak mampu terucap…
sedih ini tiada mampu dinilai biar dengan sejuta senyum yang kau ukir…
Aku dirundung duka malu menjadi lelaki…
yang letih lelah melayan sebuah cinta keanak-anakan..
Maka naluri sendiri diam terkedu…
Terdeku memujuk hati bila disimbah sebuah kebosanan
keletah seorang perempuan yang bernama kekasih..
Dari airmata kuhulurkan duka lara melayan kesedihan..
Dari peluh ku hulur letih melayan pengorbanan…
Dari sepi ku hulur kasih melayan kepiluan..
Terima kasih padamu perempuan
kerana menghadiahkan aku keakraban…
di dalamnya sarat pengertian sungguh memilukan..
Terima kasih padamu perempuan..
kerana menghadiahkan aku percintaan..
di dalamnya sarat keasyikan sungguh memalukan..
Terima kasih padamu perempuan
kerana menghadiahkan aku kerinduan..
di dalamnya sarat kepalsuan sungguh memualkan..
Terima kasih padamu perempuan
kerana menghadiahkan aku perpisahan..
di dalamnya sarat keperitan sungguh melukakan..
Terima kasih perempuan..
Terima kasih akan hadiah begitu bermakna..
buat seorang aku hingga diri malas bersuara…
malas menuding terperosok di danau hiba..
Kecewa mengutip duka..
Terkedu melayan sendu..
Andai nanti perempuan kau bisa berbicara..
Bicaralah tentang lelaki ini…
Tentang cinta, tentang rahsia, tentang setia..
Pasti lelaki ini mengiya segala…
kerana cinta itu buta dan perempuan padanya telah lama tiada..
di atma, di dunia dan di syurga…
(HACKS, Melbourne City – 210608)
p/s untuk HACKS > teruskan menulis kerana penulisan kamu buat sy belajar tentang sesuatu yang amat berharga melalui besarnya kesan sebatang pena... dan kerana penulisan kamu juga, sy menjadikannya sumber ilham dalam penulisan sehari2..

2 comments:

A I N I S M A I R A said...

:( sian die kan.. setia..

Arezuera Ismail said...

betul2.. sian sgt. semoga dia jumpa dgn seseorang yang betul buat dia